Rehatkan minda seketika...
Dah beberapa hari Ummu Fathan tak 'update'kan blog...mula-mula dulu rajin sangat kononnya...bukan apa, rasanya banyak perkara lain yang lebih utama diselesaikan terlebih dahulu.
Sejak hari Isnin (semalam) saya asyik mengadap laptop menyiapkan segala laporan dan minit mesyuarat untuk dibentangkan dalam mesyuarat Kurikulum kali kedua pada hari Rabu (esok)..Di samping ada selingan dengan P&P, mesyuarat guru dan latihan sukan...hari ni pula selepas selesai tasmik, berkejar pula ke bank...kerja yang belum siap tak tahu bila nak sambung...gaya-gayanya kena berjaga malam nak siapkan...
Tengah mengarang post ni adik farhan pula meragam, tak tahu apa yang dia nak...baru bangun tidur kat rumah
Setakat ini dulu...nak gi layan adik sekejap...sayang nye kat dia...dah pandai meragam sekarang...bila tak layan pandai pula bangun dan datang dekat emaknya....ala adik sayang....
0 ulasan:
Catat Ulasan