Go to Bottom  

Ahad, Mac 29, 2009

Farhan Rindukan Ayah

Kebiasaannya pada hari cuti kami sekeluarga akan berehat bersama dan tika itu lah akan bermain dengan anak-anak

Bersiar-siar di taman atau di Pantai...

Pada minggu ini lain pula suasananya...Pada hari minggu ayah ditugaskan sebagai Jawatankuasa Penyambut Tetamu VIP Majlis Konvokensyen Kolej Komuniti Zon Timur di Institut Aminudin Baki, Genting Highland. Memandangkan tempatnya agak jauh (lebih kurang 5 jam) dari Kuala Rompin...ayah telah bertolak pada pagi Sabtu lagi...ada raptai pada petang tu...

Pagi-pagi lagi adik dan kakak telah dihantar ke rumah umi...emak pula ada Kem Bestari Solat pada pagi Sabtu dari jam 8.00 -11.30 pagi.Adik dan kakak memang suka duduk di rumah umi...umi layan macam anak sendiri...Buktinya kalau cuti-cuti pun umi datang ke rumah...rindu pada adik dan kakak

Ni gambar masa cuti akhir tahun hari tu...umi bersama anaknya..Yuyu....


Ni gambar emak tengah kendalikan Kem Bestari Solat kepada murid Tahun 3 di sekolah pagi tadi....Bila ajar anak murid...sentiasa berazam nak ajar anak sendiri supaya jadi macam ini juga...

Berbalik kepada kisah adik Farhan rindukan ayah...

Bila pulang ke rumah...mula mencari-cari ayah...adik masuk ke setiap bilik..diambil baju ayah sambil mulut tidak henti-henti menyebut ayah...ayah dalam nada menangis.Puas juga emak dan kakak menenangkannya...Bila terpandang gambar ayah atau apa saja kepunyaan ayah...itu lah gayanya...

Ayah bersama adik waktu ayah Kursus di Cherating...hajatnya kali ini nak bawa keluarga..tapi tak boleh sebab emak bekerja pada hari Sabtu...Lain kali ye....

Tiba senja...adik tunggu di muka pintu...dengar je kereta lalu di depan rumah dia kata kereta ayah...adik baru boleh bercakap sikit-sikit..tapi boleh faham apa yang dia maksudkan.



Tak tahu apa cara nak pujuk, akhirnya emak ambil telefon dan call ayah...beri dia sendiri yang cakap dengan ayah...selesai...boleh tutup pintu.

Masa nak tidur malam...ayah masih belum pulang...nak tunggu ayah balik juga...lastnya kena telefon ayah beri dia cakap...dengar suara dan pesanan dari ayah...baru boleh tidur dengan selesa.

Tiba tengah malam...nak susu....mana ayah...biasanya ayah yang buat susu untuk adik dan kakak..kali ini emak yang buatkan...Alhamdulillah..syukur, adik dan kakak tak banyak hal pada malam tadi...kalau ada ayah macam-macam juga.

Bangun pagi agak awal...Jam 6.00 pagi dua beradik ini dah bangun masa emak nak menunaikan Solat Subuh...adik masih mencari ayah bila tengok kain pelekat dan kopiah ayah...ayah belum balik sayang...Petang nanti baru ayah balik..Adik dah mula menyebut ayah...ayah...dengan nada rindukan ayahnya..Puas pula nak pujuk...Lastnye...bunyi telefon...ayah yang call. Tanpa banyak cakap emak terus beri telefon pada adik...bagi dia dengar suara ayahnya...

Buat ayah...anak sentiasa merinduimu....Hasil didikan, perhatian dan kasih sayang ayah kepada anak-anak...Kakak dan adik...

Read more...

Rabu, Mac 25, 2009

Keutamaan Mengingati Mati

Petang tadi (24 Mac 2009) kami telah dikunjungi oleh 3 orang Hamba Allah dari Masjid Lama Rompin...Bila terpandang mereka saya teringat masa zaman persekolahan dulu, selalu ada orang 'Tabligh' yang bergerak dari rumah ke rumah mengingatkan orang ramai supaya mengimarahkan Masjid

Tujuan mereka (Hamba Allah) tersebut bertamu ke rumah saya katanya 'simple' saja....nak ceritakan kepada Abang tentang kehidupan kita ni dan "Keutamaan Mengingati Mati". Saya juga mendengar apa yang disampaikan kepada abang sambil membersihkan halaman rumah.Ada di kalangan mereka yang kenal abang rupanya...(Jemaah Surau Kuarters Peladang Inn)

Justeru itu ini merupakan intipati apa yang di sampaikan:

1. Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan mati.

Akan dirasai setelah seorang itu lanjut umurnya, ia akan merasakan umurnya akan ditarik balik oleh Allah swt bila-bila masa. Pada masa itu keinsafan dan kesedaran dapat dirasakan dan merasakan baru sedikit amalan bekalan yang akan dibawa, sedangkan pelbagai keingkaran perintah Allah pernah dan maksiat dilakukan semasa hidupnya.Di waktu itu ia mungkin merasa kekesalan yang amat sangat kerana telah dilalaikan dengan hal-hal dunia yang sementara ini. Keinsafan ini jika diberikan petunjuk Allah, Ia akan berbanyak-banyak bertaubat meminta keampunan Allah untuk menempuh Alam akhirat nanti.Oleh itu beramallah sebelum terlewat.

Terdapat beberapa hadis Rasulullah saw yang menjelaskan keutamaan mengingat perihal kematian itu.

Antaranya seperti berikut:

1. Sabda Nabi saw,"Perbanyakkanlah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan segala macam kelazatan (Kematian)"(HR At-Tirmizi)

2."Perbanyakkanlah mengingati kematian, sebab yang sedemikian itu akan menghapuskan dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia"(Diriwayatkan oleh Ibnu Abidduya)

3. " Cukuplah kematian itu sebagai penasihat"(HR. Thabrani dan Baihaqi)

4." Secerdik-cerdik manusia adalah yang terbanyak ingatkan kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka pergi ke alam baqa dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhrat"(HR. Ibnu Majah dan Ibnu Abiddunya)

Cara yang sebaik-baiknya untuk mengingati mati ialah dengan memperbanyakkan kenangan-kenangan kepada kawan-kawan atau teman-teman karib yang telah lebih dahulu meninggalkan kita.

Ingatlah mereka sebentar, bagaimana kematian mereka itu dan bagaimanakah akhirnya tempat berdiam di bawah tanah /dalam kubur.

Ingat pula lah sejenak rupa-rupa mereka itu, juga kedudukan dan jabatan mereka di kalangan masyarakat.

Kenangkan pula bagaimana keadaannya sekarang. Tentunya kecantikan rupa paras dan kedudukannya semua telah dilenyapkan oleh tanah dan menutupinya, bahagian-bahagian tubuhnya tentu sudah bercerai-berai antara satu dengan yang lain dalam kubur mereka.

Dengan itu juga bersegeralah kita melakukan amal kebaikan semasa umur masih dikurniakan Allah. Allah swt memberikan modal umur kepada kita, agar benar-benar kita pergunakan dengan sebaik-baiknya untuk mendapat keredhaan Allah swt dengan melakasnakan segala kewajipan semasa hidup ini.Kematian mendatangi kita bila-bila masa dan tidak pilih kasih. Mati umur tua juga pantas, mati sewaktu masih kanak-kanak juga tidak sedikit, mati di waktu muda remaja juga berlaku. Mati di rumah juga berlaku, mati di dalam laut juga ada, mati di mana-mana juga mungkin berlaku.

Jangan sampai merasa penyesalan bila kita meninggal dunia nanti. Marilah kita beramal dan merebut peluang 5 perkara sebagaimana yang telah di sabdakan Rasulullah saw.yang bermaksud:"

Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu:

1. Masa mudamu sebelum datang masa tuamu,

2. Kesihatnmu sebelum datang masa sakitmu,

3. selagi engkau kaya sebelum datang masa miskinmu,

4. Selagi engkau menganggur (banyak waktu terluang) sebelum datang masa sibukmu,

5. Selagi engkau masih hidup sebelum datang masa kematianmu"

(Diriwayatkan Al-Baihaqi, Ibnu Abiddun-ya dan Ibnu Mubarak)

Dalam menjalani hidup di dunia yang sementara dan menghadapi dunia akhirat yang kekal itu, marilah kita sama-sama melaksanakan tugas serta tanggunjjawab di dunia ini supaya kita dapat mengecap kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

Sebagaimna sabda Rasululah saw yang ertinya:"Bekerjalah untuk mencari keduniaanmu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi"(HR Ibnu "Asaakir)

Sekian buat kali ini...Peringatan untuk diri sendiri dan pembaca sekalian.Semoga bersama kita menghayatinya dan beramal untuk menuju ke arahnya dan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat kemuliaan di dunia dan kemuliaan di akhirat...AMIN....

Read more...

Ahad, Mac 22, 2009

Tanggungjawab perlu diselesaikan

Alhamdulillah cuaca pagi ini amat baik..selepas pulang dari pasar minggu pagi tadi, abang terus pergi ke kolej untuk menyambung kursus pendeknya setiap hujung minggu.

Tinggallah ana bersama anak-anak..pagi ni adik farhan macam tahu-tahu je emaknya banyak kerja sekolah yang nak disiapkan. Kakak pula tak banyak ragam...tanpa banyak kerenahnya dengan mudah adik tidur di dalam buayan dan kakak dengan khusyuk belajar membaca menggunakan VCD ABC...lastnya sampai tertidur.

Jam menunjukkan pukul 10.00 pagi...setelah selesai menyiapkan kerja rumah,saya terus mengadap laptop ni...dan terus menaip apa yang diamanahkan oleh KP...katanya hari Isnin buka sekolah (esok) dah nak hantar kepada Guru Besar...segala aktiviti sambutan Maulidur Rasul sempena bulan dakwah, tugasan MTQ dan senarai guru yang menyediakan soalan...Pulun habisla nak siapkan dalam masa dua jam...bukan apa bila adik bangun nanti dia pun nak menaip sama...emaknya pula..buat kerja last minit!Tabiat yang tidak boleh dicontohi ye....

Sambil menaip...teringat pula nak sambung sikit penulisan blog ni...bukan apa, suka-suka je..lepas ni nak masak makanan tengahari pula.Ikan Patin Masak Tempoyak...abang suka sangat masakan tu...Sekian...

Read more...

Sabtu, Mac 21, 2009

Melentur buluh biar dari rebungnya

Kenapa "rebung"?Peribahasa rebung ini membawa maksud yang mendalam. Bak kata perpatah, kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya yang membawa maksud dalam membesarkan anak-anak perlu diasuh dan dididik sejak dari kecil lagi sebaiknya dari dalam kandungan lagi atau dalam bahasa Inggerisnya "it’s better to bend the willow when it is young".

Anak-anak perlu di ajar ilmu-ilmu Al-Quran sejak mereka kecil...kalau dah besar, susah la...Gambar kelas mengaji di KIP Bandar Tun Razak, (selepas solat Maghrib) masa mengajar di SK Keratong 1



walau pun ana mempunyai anak berusia 4 tahun dan 1 tahun 5 bulan, namun cabarannya turut dirasai, tambahan pula apabila mengajar kanak-kanak berusia 7 tahun di sekolah. Kadang-kadang terdetik dalam hati....bagaimana keadaan anakku bila besar nanti....Kita renungkan bersama..

Keseronokan dan suka duka membesarkan anak adalah pengalaman berharga bagi ibu bapa. Anak juga mendapat pengalaman awal mereka di rumah. Rumah adalah tempat perlindungan kita daripada hiruk-pikuk dunia luar. Ia adalah tempat ahli keluarga berehat dan menyegarkan semula fikiran dalam suasana selesa. Manusia akan lebih berkeyakinan untuk menghadapi dunia luar apabila mereka mempunyai asas keluarga mantap. Begitu juga bagi kanak-kanak, suasana keluarga memainkan fungsi penting terutama ketika mereka kecil dan pada zaman persekolahan.

Kanak-kanak berasa yakin untuk bergaul dengan kawan dan guru, bersemangat untuk belajar, bersukan dan sebagainya jika suasana di rumahnya stabil dan menyeronokkan. Setiap anak berhak untuk membesar dalam keluarga selesa serta mempunyai peraturan dan sistem. Jika rumah mempunyai peraturannya tersendiri setiap ahli keluarga tahu fungsi masing-masing dan mudah bekerjasama.

Pembabitan bapa sangat diperlukan untuk bersama-sama mendidik anak. Sebuah keluarga yang mendapat komitmen sepadu suami dan isteri adalah keluarga yang dapat membentuk perkembangan minda anak-anak. Persekitaran positif menghasilkan tindak balas positif, keluarga yang mementingkan semangat hormat-menghormati akan menghasilkan anak yang tahu menghormati guru, undang-undang sekolah dan kawan.

Dari kecil lagi anak perlu diajar menghargai harta-benda awam atau bersama. Ada kanak-kanak tidak menghargai harta sekolah, mereka memecah tingkap sekolah, merosakkan kerusi meja, menconteng meja, dinding dan membuat pelbagai vandalisme. Buku perpustakaan juga dirosakkan dan hilang. Adakah suasana didikan di rumah selama ini tidak menanam sikap menghargai harta benda awam?

Di sekolah kanak-kanak diberi pelbagai tanggungjawab sebagai seorang murid. Murid yang bersungguh-sungguh menyiapkan kerja rumah adalah mereka yang mempunyai sifat tanggungjawab. Ramai ibu bapa mengeluh betapa anak kurang sifat tanggungjawab. Anak yang bertanggungjawab adalah hasil daripada keluarga yang mengamalkan keseimbangan di antara disiplin dan kasih sayang. Mengajar tanggungjawab mesti bermula dari kecil, diajar secara semula jadi dengan memberi tugas yang sesuai dengan kebolehan mereka. Ada anak yang dianggap tidak bertanggungjawab oleh orang dewasa.

Di sekolah mereka pula tergolong dalam murid yang tidak berjaya, padahal hakikatnya mereka tidak dididik dengan betul di rumah sebelum memasuki sekolah. Misalnya seorang anak yang biasa hidup dalam suasana rumah yang berselerak akan terdidik dengan nilai bahawa kebersihan dan kekemasan tidak penting.

Bagaimanapun, apabila ke sekolah mereka mendapati kebersihan sangat dipentingkan, mereka perlu membuat keputusan untuk terus dengan nilai yang didapati di rumah atau berubah supaya sesuai dengan sekolah. Apa yang tidak mengubah nilainya akan tergolong dalam murid yang dianggap tidak bertanggungjawab.

Suasana persekolahan hari ini penuh dengan persaingan, murid bersaing untuk dapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah, 9A atau 10A untuk Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan seterusnya. Ibu bapa mungkin secara tidak sedar menggalakkan budaya bersaing ini. Adakah kejayaan itu betul-betul untuk kepentingan anak atau kebanggaan ibu bapa? Tekanan daripada ibu bapa boleh membebankan anak. Tanamkan suasana selesa untuk anak mencapai kejayaan mengikut kemampuan masing-masing.

Setiap anak adalah individu berbeza yang memiliki kelemahan dan keistimewaan tersendiri, hakikat inilah yang membuatkan setiap anak itu unik dan menarik. Salah satu tanggungjawab ibu bapa ialah mendidik anak mempunyai sikap yang betul terhadap disiplin dan orang yang menjaga disiplin. Anak yang dari kecil diajar menghormati disiplin dan memahami kesan positif disiplin akan menjadi seorang yang boleh menyesuaikan diri di sekolah. Sebaliknya anak yang lepas bebas dan tidak pernah berdisiplin di rumah akan berasa tidak selesa dan terkongkong. Dia juga akan menjadi marah. Perasaan ini memang wajar timbul. Mendidik menghormati disiplin ini tidak boleh ditangguh hingga anak masuk ke sekolah, ia terlalu lewat. Untuk mengelakkan anak menghadapi masalah, ibu bapa perlu menggariskan beberapa disiplin yang wajar dan mendidik menghormati orang yang berkuasa (dalam apa juga bentuk). Anak boleh dilatih sikap ini dengan cara positif, seterusnya mereka akan lebih bersedia untuk mematuhi rutin persekolahan dan tidak takut untuk ke sekolah.

Fungsi ibu bapa walaupun nampak berat dan memerlukan kesungguhan serta kesabaran, ia adalah suatu nikmat yang dapat memberi kepuasan. Kasih sayang di antara ibu bapa dan anak tidak ternilai harganya. Dalam membina suasana rumah yang disebutkan di atas janganlah lupa untuk bermesra dengan anak, tunjukkanlah kasih sayang kepada mereka sama ada melalui pelukan, kata-kata, senyuman, ciuman, geletek, bahkan apa-apa saja yang menunjukkan kasih sayang dan kemesraan. Ada ibu bapa yang menyesal mereka tidak menunjukkan mereka menyayangi anak hinggalah anak terjebak dengan pelbagai masalah dan lari dari rumah. Anak yang tidak cemerlang juga menyangka mereka tidak disayangi. Mereka perlu tahu bahawa ibu bapa tetap sayangkan mereka.

Apabila yakin terhadap kasih sayang ibu bapa mereka akan tingkatkan usaha. Komitmen ibu bapa besar nilainya di sisi Allah, salah satu harta peninggalan yang berterusan pahalanya ialah anak salih

Read more...

Gambar Kenangan

Gambar Kenangan

Rakan-rakan blog

Berita Keluarga

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP